Siapa Kami

Apakah fungsi bersihharta.com di Yayasan Maghfirah?

Merupakan salah satu sistem Yayasan Maghfirah yang akan menguruskan segala harta yang tidak halal kerana adanya nas yang sahih dan jelas tentang pengharamannya.

Apakah dalil larangan memperolehi atau memakan wang haram ini?

Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan ) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

Apakah hukum menerima sedekah daripada harta haram?

Hukum menerima sedekah atau hadiah daripada harta haram atau syubhah adalah diharuskan di sisi syarak. Ini adalah pandangan daripada salah satu riwayat Ibnu Sirin seperti yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali dan pandangan daripada Ibn Taimiyah (Rujuk: Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, hlm 201-202 dan Tafsir Ayat Ushkilat ‘ala Kathirin Min al-Ulama, hlm 596).

Bagaimanakah cara mudah untuk uruskan harta haram di bersihharta.com?

Boleh terus tekan button di bawah untuk pembayaran untuk berapa sahaja nilai yang ingin disalurkan . Setiap penyerahan sumber yang (harta haram) ini akan diproses di dalam sistem dan pemilik akan diberikan Slip Pengesahan Bayaran sebagai bukti serahan.

Adakah wang tak patuh syariah layak dapat pelepasan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?

Tidak boleh digunakan untuk pelepasan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Apakah kaedah terimaan wang (harta haram) di bersihharta.com ?

bersihharta.com menerima wang sumber yang tidak baik (harta haram) dalam bentuk bayaran melalui tunai, cek, kad debit dan kad kredit Islamik sahaja.

Bagaimana masyarakat mudah untuk mendapatkan maklumat sumber wang tidak patuh Syariah ini? am)?

Maklumat berkaitan wang sumber yang tidak baik (harta haram) boleh didapati Talian Kami di +60 19-922 1236(Puan Aliza)

Kemanakah wang tak patuh syariah ini akan DIMANFAATKAN?

Membina jalan raya bagi dimanfaatkan kepada orang ramai

Membaik pulih lampu sekitar jalan raya dan jambatan

Membaik pulih sungai